BERITA TERKINI   UEC: Sebarang pengiktirafan mesti berpaksi Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Ahmad Zahid | 

Terdapat 484 berita berdasarkan kata kunci carian "petrol"

Pelan Subsidi RON95 Beri Manfaat Majoriti, Kurangkan Tekanan Inflasi - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.

Langkah Fiskal Baharu Kerajaan Tumpu Kebimbangan Rakyat - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) --  Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Subsidi Bersasar RON95, Tangguh Kenaikan Tol Membolehkan Mobiliti Untuk Rakyat Kekal Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 dan mengekalkan kadar tol sedia ada akan memastikan mobiliti kekal mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat, kata Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Carsome Aaron Kee, hari ini.

Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter, Beri Manfaat 18 Juta Pemandu Kereta Dan Penunggang Motosikal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.

Rundingan Pusingan Kedua Meufta Dijangka Pada November 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka menganjurkan rundingan pusingan kedua Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada November ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Firma Penyelidikan Turunkan Unjuran Inflasi Kepada 1.5-1.8 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Jumlah Dagangan Malaysia Naik 4.8 Peratus Kepada RM1.465 Trilion Pada Separuh Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.

Petronas Perkukuh Kerjasama Di Sabah, Meterai Perjanjian Ekuiti Dengan SMJ Energy

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikatnya Petronas LNG Sdn Bhd (PLSB) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) untuk memformalkan terma penyertaan ekuiti SMJ Energy sebanyak 25 peratus dalam PFLNG 3 Sdn Bhd.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.