1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS baru-baru ini dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13 kontraktor menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 53 peratus syarikat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor optimis terhadap prospek perniagaan bagi suku keempat 2024, demikian menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).
1tahun ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Cebu Pacific, syarikat penerbangan tambang rendah di Filipina mempelawa perbincangan untuk mewujudkan perniagaan penyelenggaraan komponen pesawat tempatan dalam sektor penerbangan yang semakin pesat di Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan kepada sektor ekonomi dengan meneruskan agenda reformasi struktur dalam negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
Daripada Kisho Kumari Sucederam
MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Filipina, Cebu Pacific memeterai perjanjian pembelian dengan Airbus dan Pratt & Whitney bagi pesawat A321neo berjumlah sehingga 152, yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney GTF.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan momentum meningkatnya dengan ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, meskipun ketiadaan pemain China, kata seorang peniaga.