Terdapat 165 berita berdasarkan kata kunci carian " belanjawan 2025"

Perincian Subsidi RON95, Pengenalan Semula GST Dijangka Diumum Dalam Belanjawan 2025 - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.

Pelabur Tunggu Belanjawan 2025 Bagi Kerangka Kawal Selia "Family Office" Di Malaysia - OCBC

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur sedang menunggu pengumuman mengenai kerangka kawal selia untuk menubuhkan “family office” di Malaysia, yang akan dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, menurut OCBC.

IATA Gesa Kerajaan Perkenal Kredit Cukai Dalam Belanjawan Untuk Sokong SAF

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk memperkenalkan insentif atau kredit cukai dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong industri bahan api penerbangan mampan (SAF) Malaysia.

Belanjawan 2025 : PropertyGuru Harap Kerajaan Tumpu Pada Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- PropertyGuru dan iProperty berharap Belanjawan 2025 nanti akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif perumahan yang ditujukan kepada masyarakat kurang mendapat perkhidmatan seperti segmen berpendapatan rendah hingga sederhana.

Belanjawan 2025: KPK Kemuka Dua Cadangan Perkasa Industri Sawit

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan dua cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

Cadangan Semakan Semula WPL Dibentang Kepada MOF Minggu Lepas, Tunggu Maklum Balas - Johari

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membentangkan cadangan semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini kepada Kementerian Kewangan (MoF) minggu lepas.

Kerajaan Disaran Tangani Jurang Grid Nasional Untuk Dorong Pengeluaran TBB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.

SSCG Optimis Catat Pertumbuhan Disokong Kos Rendah, Insentif Hijau

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Solar District Cooling Group Bhd (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem haba suria dan penyelesaian penjimatan tenaga, optimis dapat mencatatkan pertumbuhan tahun ini, dipacu oleh prospek positif dan kos yang lebih rendah.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025.