5bulan ago
TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.
5bulan ago
SEREMBAN, 20 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri ini berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun ini berikutan banyak pelaburan baharu yang masuk bagi tempoh enam bulan 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada Julai berbanding 54,863 unit pada Jun 2025, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sedang menjalankan kajian terhadap Kajian Separuh Penggal Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) bagi memastikan pelaksanaannya kekal relevan.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Selepas mengharungi tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini merangka hala tuju pertumbuhan baharu yang berpaksikan pemanfaatan tanah, pelaburan strategik dan pengembangan tawaran komersial.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 16 Ogos (Bernama) -- ASEAN boleh menetapkan penanda aras bagi pertumbuhan mampan di Selatan Global sekiranya dasar, perniagaan dan rakyat diselaraskan dengan masa depan rendah karbon, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren selama dua minggu bermula 18 Ogos.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan positif berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bahan mentah getah asli di negara pengeluar utama, Thailand disebabkan ramalan cuaca buruk, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --Ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia mengorak selangkah lagi kehadapan hari ini dengan pengenalan sistem pembayaran tanpa sentuh yang dipermudahkan di stesen pengecas EV terpilih di seluruh negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih dengan rekod tertinggi sebanyak RM168.43 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, melonjak 82.7 peratus berbanding RM92.20 juta pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.