Terdapat 479 berita berdasarkan kata kunci carian " pemangkin"

RMK13 Pemangkin Malaysia Capai Status Peneraju Global Minyak Sawit Mampan -- MPOB

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi platform penting dalam usaha mempercepat peralihan Malaysia ke arah masa depan berdaya tahan iklim dan dipacu inovasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju global bagi pengeluaran minyak sawit mampan, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept  (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal diniagakan dalam jajaran kecil  dengan kecenderungan menaik sedikit pada minggu depan ketika para pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tuju pasaran.

Niaga Hadapan MSM Dijangka RM4,300-RM4,480 Satu Tan Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam julat lebih kecil minggu depan berikutan kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga komoditi itu, David Ng.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2025 Kekal Berdaya Tahan, Transaksi Cecah RM107.68 Bilion

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah negara kekal berdaya tahan pada separuh pertama 2025 dengan nilai transaksi mencecah RM 107.68 bilion.

Pengurangan Kadar Dana Persekutuan AS Akan Tingkatkan Ringgit, Pasaran Ekuiti Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jangkaan pengurangan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) memberi petanda baik kepada ringgit dan bertindak sebagai pemangkin untuk pasaran ekuiti Malaysia, menurut CGS International Securities Sdn Bhd.

Sarawak Perkukuh Inisiatif Tenaga Hijau Dengan Projek Rintis Eksport Hidrogen

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga hijau serantau menerusi projek rintis eksport hidrogen dan perkongsian strategik dengan negara luar, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SC Lancar Jelajah Promosi Skim Dana Pelaburan Bersama NIMP Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 2 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memulakan kempen  bagi mempromosi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dengan lokasi pertama jelajah di Pulau Pinang.

Tarik Lebih Banyak Pelaburan, Wujud Hab Logistik Sepanjang Laluan ECRL - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan merancang untuk menarik lebih banyak pelaburan selain mewujudkan hab logistik serta taman perindustrian baharu di sepanjang laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

CIMB Jangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan berikutan aktiviti pengambilan untung disebabkan kekurangan pemangkin tempatan baharu walaupun prestasi Wall Street semalaman adalah positif.