BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior FC 0-2 DPMM FC | 

Terdapat 407 berita berdasarkan kata kunci carian " tengah hari"

Indeks Teknologi Pengaruhi Pasaran, Strategi Semikonduktor Kebangsaan Tarik Pelaburan RM63 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 0.04 mata kepada 52.36 manakala kebanyakan indeks sektoral lain kekal dalam wilayah negatif.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan susut 0.73 peratus ketika sentimen berhati-hati mendorong pelabur mengurangkan kedudukan masing-masing menjelang akhir minggu ini.

Saham Utiliti, Pengguna Pacu Bursa Malaysia Catat Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi kukuh pada Khamis apabila sentimen positif terus kekal di pasaran tempatan, disokong oleh kenaikan saham utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan momentum lebih kukuh dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi 0.36 peratus lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran global bercampur-campur apabila sentimen pelabur bertukar menjadi berhati-hati dalam persekitaran ketegangan perdagangan baharu akibat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 15 hingga 20 peratus ke atas import Kesatuan Eropah.

Ringgit Meningkat Untuk Ditutup Lebih Tinggi Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Politik Jepun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Isnin, apabila dolar AS bergelut untuk meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Jepun, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Aktiviti Pembelian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Sejajar Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, sejajar kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah di tengah-tengah pengukuhan dolar US termasuk perbincangan yang berterusan mengenai kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, didagang di bawah paras 1,520 kerana pelabur kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS).

SPRM Serbu Subsidiari NationGate Atas Dakwaan Penyeludupan Logam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.

Pelabur Terus Teliti Impak Tarif AS, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan pergerakan kurang memberangsangkan dalam dagangan tengah hari ini ketika pelabur terus meneliti impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagang utama negara itu di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.