Terdapat 1746 berita berdasarkan kata kunci carian " jun"

Subsidi Bersasar RON95 Perlu Dibuat, Elak Ketirisan Subsidi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya berikutan perbezaan harga petrol yang besar, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada dagangan Selasa.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat.

PMI Pembuatan Malaysia Pada Oktober Tidak Berubah Pada 49.5, Pesanan Baharu Naik Sejak Jun

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan S&P Global Malaysia diselaraskan mengikut musim tidak berubah pada 49.5 pada Oktober 2024, dengan pesanan baharu meningkat untuk kali pertama sejak Jun 2024.

Unit Haily Raih RM65.1 Juta Kontrak Pembinaan Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM65.1 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd.

Malaysia Kutip Kira-kira RM500 Juta Duti Anti-Lambakan Bagi Tempoh 2016 Hingga Jun 2024

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat kutipan duti anti-lambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Belanjawan 2025 Kekalkan Pendekatan Pengukuhan Fiskal Secara Beransur-ansur - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.

GDS Bekerjasama Dengan Pembekal Global, Sasar Kemasukan Pelaburan RM1 Bilion - MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembangun dan pengendali terkemuka pusat data berprestasi tinggi, GDS International bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan pembekal global dalam siri perkongsian, ia diunjurkan membawa masuk pelaburan sekitar RM1 bilion pelaburan untuk kilang bersepadu dan pusat perkhidmatan.

Malaysia Sebagai Negara Rakan BRICS Berpeluang Tingkatkan Perdagangan, Hubungan Dua Hala - Fahmi

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Pemilihan sebagai antara negara rakan dalam BRICS membuka peluang untuk Malaysia meningkatkan perdagangan dan hubungan dua hala dengan kalangan negara anggota blok itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Malaysia Dan 12 Negara Lain Diiktiraf Secara Rasmi Sebagai Negara Rakan BRICS

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.