1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Konsortium diteraju Berjaya Corporation Bhd, yang menyertai Proses Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) mengumumkan satu daripada rakan kongsinya telah membuat keputusan untuk menarik diri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 11.2 juta pergerakan penumpang merentasi rangkaian lapangan terbangnya pada November 2024, mencerminkan pertumbuhan kukuh 16.1 peratus berbanding angka pada November 2023, sekali gus mencapai 96.7 peratus daripada tahap sebelum pandemik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM128.61 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 berbanding RM137.84 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- 2024 merupakan tempoh yang sibuk bagi pelabuhan di Malaysia apabila kalangan pengendalinya mengemudikan dan meneruskan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur berintensif modal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia sedang berkembang pesat dengan lebih 100,000 kenderaan berkenaan terjual dan direkodkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat pada beberapa hari lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung OSK Holdings Bhd, OSK Amanjaya Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Central Kedah Properties Sdn Bhd untuk membeli lima bidang tanah di Sungai Petani, Kedah bernilai RM72 juta.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencecah paras tertinggi sejak 2017, mencatatkan 933.5 sen sekilogram pada April, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sektor kapal sokongan luar persisir (OSV) khususnya segmen kapal tongkang kerja penginapan (AWB), dijangka kekal positif berikutan bekalan kapal yang terhad akibat kurang pelaburan selama bertahun-tahun, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions mengunjurkan penggunaan gas asli global akan meningkat dalam tempoh terdekat apabila musim sejuk Hemisfera Utara melanda, disokong oleh permintaan kukuh untuk gas asli cecair (LNG) merentas semua pasaran.