Terdapat 2174 berita berdasarkan kata kunci carian " seda"

TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan TechStore Bhd menyasar meraih RM25 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 18 Feb, 2025.

BNM Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.

PMKS Perlu Capai Sasaran Sumbang 41 Peratus KDNK, Eksport 15 Peratus Tahun Ini - Ewon

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada ekonomi negara masih belum mencapai sasaran ditetapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Sukuk ESG Global Diunjur Melepasi US$50 Bilion Pada 2025 - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka melepasi paras tertunggak US$50 bilion (US$1=RM4.46) pada 2025, kata Fitch Ratings.

Asian Supply Base Lancar Kemudahan Pertukaran Kru, Tingkat Kecekapan Operasi Luar Pesisir

LABUAN, 22 Jan (Bernama) -- Asian Supply Base (ASB) secara rasmi melancarkan Kemudahan Pertukaran Kru baharu yang direka untuk meningkatkan kecekapan proses masuk dan keluar kalangan petugas minyak dan gas.

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Jalinan Kerjasama Luar Biasa - PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) - Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan satu langkah kerjasama yang luar biasa dan istimewa antara Malaysia dan negara jiran Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 Dipertingkatkan Susulan Permintaan Tinggi

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.

FSBM Bekerjasama Dengan Syarikat China, Taiwan Lancar Platform Dikuasakan Ai

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.

Pusat Baharu HPMM Perkukuhkan Kedudukan Malaysia Dalam Sistem Mekanikal Elektrik Mikro

GEORGE TOWN, 21 Jan (Bernama) -- Pusat Transformasi Pembuatan HP Malaysia (HPMM) yang baru dilancarkan akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai peneraju global dalam Sistem Mekanikal Elektrik Mikro (MEM).