1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkukuh hubungan dengan negara-negara maju serta syarikat multinasional daripada industri semikonduktor dalam usaha meningkatkan kolaborasi teknologi, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pembuatan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN berdasarkan kepada sejarah 40 tahun dalam pengeluaran automotif sejak 1983 dan kluster perindustrian semikonduktor yang kukuh, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menguncup 13.9 peratus kepada 30,929 tan pada September 2024 daripada 35,908 tan pada Ogos 2024, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peranti perubatan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Dexcom Inc secara rasminya membuka kemudahan pembuatan baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang yang juga lokasi pembuatan di luar negara pertamanya di luar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) --Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan Westports Holdings Bhd mencatat pertumbuhan jumlah kendalian lebih kukuh bagi tahun depan, didorong oleh pemulihan volum pemunggahan kargo perkapalan yang berterusan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengenai penyelarasan gaji minimum bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024 berbanding peningkatan 20.2 peratus, berjumlah 38.9 bilion pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.