Terdapat 552 berita berdasarkan kata kunci carian " islam"

MBSB, DayOne Umum Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi Digital Johor

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Unity Group, Tek Securities Perkenal Sukuk Iklim RMB200 Juta Bagi Biaya Inisiatif Hijau Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.

Bank Rakyat, PT Bathi Rakyat Abadi Meterai MoU Perkasa Kewangan Patuh Syariah Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan PT Bathi Rakyat Abadi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas rangkaian kerjasama dalam penyelesaian kewangan patuh syariah.

Malaysia, Kazakhstan Mampu Tingkat Perdagangan Melalui Rangkaian Kereta Api

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) – Pihak berkuasa kereta api Kazakhstan dan Malaysia sedang berusaha membangunkan rangkaian rel logistik perdagangan terus bagi membolehkan peningkatan perdagangan kedua-dua negara.

Pembelian Pesawat Boeing Bernilai US$9.5 Bilion Tidak Jejas Hutang Negara - MOF

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Malaysia Kekal Komited Aktifkan Semula Kerjasama Ekonomi D-8 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk mengaktifkan semula kerjasama ekonomi dengan negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) melalui pelbagai usaha strategik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Johor Plantations Terbit Suku Wakalah Kelestarian-IMTN Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.

Malaysia, Bangladesh Boleh Bersama-sama Hasilkan Produk Halal Untuk Pasaran Global - Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.

Takaful Malaysia Cadang Terbit Program Sukuk Subordinat Bahagian Kedua Sehingga RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mencadangkan penerbitan program sukuk subordinat bahagian kedua sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip shariah wakalah bi al-istithmar.

AIA Public Takaful Lantik Mohd Asri Sebagai CEO Berkuat Kuasa 11 Ogos

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- AIA Public Takaful Bhd mengumumkan pelantikan Mohd Asri Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa 11 Ogos, 2025.