Terdapat 297 berita berdasarkan kata kunci carian " ucapan"

ASEAN Berada Di Landasan Jadi Ekonomi Keempat Terbesar Dunia Menjelang 2030 - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Akses Kepada Pembiayaan Antara Cabaran Industri Gas Dalam Beralih Kepada Tenaga Lebih Bersih, Mampan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Industri gas perlu mengatasi cabaran terutama dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan, di samping beralih ke arah tenaga yang lebih bersih dan mampan.

Sarawak Muktamadkan Ambil Alih MASwings, Kini Dikenali Sebagai AirBorneo

KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo. 

Kerjasama Masyarakat, Agensi Kerajaan Penting Pastikan Program Capai Objektif - Amir Hamzah

PUCHONG, 8 Feb (Bernama) -- Kerjasama dan penglibatan secara menyeluruh dan proaktif antara masyarakat setempat dan agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan setiap program-program kerajaan dapat memberi impak yang baik kepada rakyat.

Pos Shop Pertama Di Sabah Bantu PKS Jana Pendapatan

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.

Sistem e-SelfAudit Atasi Kegagalan CEO Syarikat Milik Kerajaan Urus Operasi - PM Anwar

PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.

Malaysia, Uzbekistan Perlu Tingkat Perdagangan, Pelaburan Dua Hala - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan perlu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dalam sektor seperti teknologi makanan, pertanian, semikonduktor, tenaga hijau dan kenderaan elektrik (EV), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan AI DeepSeek China Tingkatkan Permintaan Pusat Data - Gobind

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Peningkatan kemajuan dalam platform kecerdasan buatan (AI), seperti DeepSeek dari China membantu meningkatkan permintaan terhadap pusat data di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MATRADE Sasar 20,000 Pengunjung, 750 Pempamer Sertai Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung dan 750 pempamer pelbagai negara menyertai Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas meningkat baru-baru ini, dengan penurunan indeks utama didorong oleh kaunter YTL.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.