Terdapat 630 berita berdasarkan kata kunci carian "johor"

RMK13 Pacu Pemerkasaan Ketersambungan Serantau, Perkukuh Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) --  Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pemerkasaan ketersambungan serantau dengan memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di pentas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MBSB, DayOne Umum Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi Digital Johor

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.

Unity Group, Tek Securities Perkenal Sukuk Iklim RMB200 Juta Bagi Biaya Inisiatif Hijau Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM190.3 Bilion Separuh Pertama 2025, Naik 18.7 Peratus Tahun Ke Tahun

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai 2025

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Perkukuh Zon Ekonomi, Seimbangkan Pembangunan Antara Wilayah - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan terus mempergiat usaha menarik pelaburan ke zon ekonomi khusus untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Unit Citaglobal Peroleh Kontrak Naik Taraf Jalan FT3 Bernilai RM169 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB) meraih kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang 7.25 kilometer (KM) daripada laluan sehala kepada laluan dua hala. 

YTL Green Data Centre Letak Malaysia Di Peta Global AI - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN.

MBW Innexus Industrial City Cipta 37,000 Pekerjaan, GDV RM2 Bilion – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Express Powerr Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Jangka Raih RM36.0 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).

Firma Penyelidikan Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada 4.2-4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025).

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.