BERITA TERKINI   TH umum agihan keuntungan 3.50 peratus, tertinggi dalam tempoh lapan tahun - Zulkifli | Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya batalkan saman pemula P. Waytha Moorthy cabar pelantikan beliau sebagai PM | Sunway Healthcare Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.70, premium 25 sen daripada harga IPO RM1.45, dengan 38.37 juta saham diniagakan | Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah Merah, Jalan Machang-Tanah Merah awal pagi tadi - Bomba | 

Terdapat 1874 berita berdasarkan kata kunci carian " hasil "

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam keadaan penurunan harga minyak mentah dan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata penganalisis.

Tingkatkan Nilai Ambang WPL Beri Faedah Kepada Sektor Perladangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.

Ringgit Mengukuh Kepada 14.4 Peratus Berbanding Dolar AS, Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Ringgit Ditutup Rendah Ketika Hasil AS Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak, menyebabkan peniaga dan pasaran mengambil pendirian berhati-hati mengenai kemungkinan penurunan kadar AS pada masa hadapan.

Purata Sewa Malaysia Meningkat 3.9 Peratus Pada Suku Kedua 2024 - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Purata sewa di Malaysia meningkat 3.9 peratus kepada RM1,995 pada suku kedua tahun ini daripada purata pada suku pertama, dan 2.9 peratus daripada suku kedua 2023, menurut laporan Indeks Sewa Rumah IQI Malaysia bagi Suku Kedua 2024, dikeluarkan oleh Juwai IQI.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi Wall Street ketika sentimen beralih menjadi berhati-hati di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarkat (AS) serta harga minyak mentah, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Kenaikan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih positif apabila mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah global Brent yang melepasi paras US$80 setong, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh sentimen positif berikutan berakhirnya mogok pekerja dok di Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan bulanan AS yang lebih baik daripada jangkaan, kata penganalisis.

Malaysia Tidak Akan Ambil Mudah Hadapi Cabaran Serantau, Global - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.

Malaysia Amal Perdagangan Terbuka, Terdedah Kepada Kesan Ketidaktentuan Ekonomi Global - Rafizi

KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) -- Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kenanga Jangka OPR Stabil 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.