1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pembekal Malaysia mencatatkan potensi jualan sebanyak RM1.24 bilion semasa mesyuarat padanan perniagaan (BizMatch) bersama Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Kuala Lumpur 2024 yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak RM2.88 juta untuk PMB Dana Bestari bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024, dengan pemegang unit menerima pengagihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion untuk menyokong sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.
1tahun ago
CHIBA, (Tokyo-Jepun) 12 Okt (Bernama) -- Pengenalan inisiatif 'Local To Global Retails Produk Usahawan Tempatan' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memperkasakan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Bhd telah diiktiraf atas komitmennya untuk mempromosikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) melatih dan memperakui 1,253 jurutera melalui Program Pensijilan Profesional Kejuruteraan Digital dan Prototaip (DEP) sejak penubuhannya pada 2020.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama teh Tealive, menandatangani perjanjian francais induk dengan konglomerat terkemuka dari Dubai, Eureka Restaurant and Café untuk membawa jenama itu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
1tahun ago
Daripada Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan berjumlah US$14.7 bilion (US$1=RM4.29) oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) -- Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Oct 10 (Bernama) -- Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.