11bulan ago
RAWANG, 3 Mac (Bernama) -- Industri automotif Malaysia sedang menyesuaikan dengan permintaan global untuk penyelesaian e-mobiliti, membentuk semula rantaian bekalan dan proses pembuatan sejajar dengan dasar kerajaan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- XOX Bhd melantik Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan yang baharu, menandakan era baharu pertumbuhan dan inovasi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mencapai RM14 bilion dalam eksport perabot kayu yang menyumbang 50 peratus daripada sasaran RM28 bilion eksport kayu Malaysia sepanjang tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) --Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi memerangi ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023, dipacu oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk akaun syariah bagi 2024 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion menjadi bukti pelaburan patuh syariah itu mempunyai potensi kukuh dalam menghasilkan pulangan, kata seorang ahli ekonomi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Ketahanan dan kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada akses pembiayaan yang inklusif -- sesuatu yang mudah dianggap remeh oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.