1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2025 Malaysia pada 5.0 peratus, berdasarkan andaian global yang menjurus kepada keadaan “Goldilocks” berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.
1tahun ago
SHANGHAI, 5 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Amphenol DC Electronics Malaysia Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan global membuka kemudahan baharu seluas 70,000 kaki persegi di Pulau Pinang, dan akan membuka fasa kedua tambahan 60,000 kaki persegi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang menekankan infrastruktur berpaksikan rakyat dan kemampanan adalah sejajar dengan trend hartanah global seperti amalan bangunan hijau dan pembangunan berorientasikan transit, kata Knight Frank Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi global dijangka berkembang stabil dan berdaya tahan pada tahun hadapan yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan perdagangan serta permintaan domestik bagi barangan dan perkhidmatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan baik dalam memacu ASEAN ke arah kemakmuran ekonomi dan integrasi serantau dengan memanfaatkan sumber dan infrastruktur digital disokong oleh kerajaan yang stabil dan dasar yang jelas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).