Terdapat 499 berita berdasarkan kata kunci carian "pertanian"

Peluang Malaysia 55 Peratus Untuk Kurangkan Tarif AS Kepada 15-19 Peratus - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang sebanyak 55 peratus untuk mengurangkan kadar tarif akhir Amerika Syarikat (AS) kepada julat 15 hingga 19 peratus daripada kadar semasa 25 peratus sekiranya mencapai persetujuan perdagangan yang positif, kata Apex Securities Bhd.

Camaroe Dapat Kelulusan Bursa Untuk Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan akuakultur bersepadu, Camaroe Bhd, telah menerima kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

KDNK Suku Kedua 2025 Dijangka Naik Antara 4.5 Hingga 5.5 Peratus Di Sebalik Kebimbangan Tarif AS - Ahli Ekonomi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ahli ekonomi mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.5 dan 5.5 peratus pada suku kedua 2025, didorong sebahagiannya oleh peningkatan permintaan eksport terutamanya daripada pengimport Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan terhadap tarif yang akan dikenakan pada Ogos depan.

DXN Meterai MoU Dengan Invest Kedah Lonjak Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- DXN Holdings Bhd (DXN) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Invest Kedah Bhd untuk mewujudkan kerjasama strategik, dengan matlamat merangsang pembangunan mampan dan meneroka peluang pelaburan merentas sektor ekonomi utama di Kedah.

Malaysia Kenal Pasti Tiga Bidang Keutamaan Perkukuh Kerjasama Dengan New Zealand - Ahmad Zahid

AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.

APT Ulangi Komitmen Kepada Integrasi Ekonomi, Pembaharuan WTO Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat.

MARC Ratings Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Agensi penarafan Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings)  mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada 2025 daripada 5.1 peratus pada 2024 ketika ketidaktentuan perdagangan luar terus menjejaskan momentun eksport.

Hari Demo Cyberview Pamer Kebangkitan Syarikat Pemula Niaga Malaysia

CYBERJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga Malaysia memperkenalkan produk masing-masing kepada para pelabur pada Hari Demo Kohort 20 Program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) hari ini. 

Bilangan Penganggur Menurun 0.7 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7 peratus pada Mei 2025 kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sidec Lancar Program Pemecut Berkembar Selangor Bagi Pacu Syarikat Pemula Niaga, PKS

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancarkan Program Pemecut Berkembar Selangor edisi 2025.

Malaysia Lindungi Kepentingan, Kedaulatan Negara Dalam Rundingan Tarif Dengan AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam perkara penting berkaitan kepentingan dan kedaulatan negara ketika rundingan mengenai tarif yang diadakan dengan Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Kekal Optimistik Terhadap Hasil Rundingan Tarif Dengan AS

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal optimistik terhadap hasil rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), dengan menumpukan kepada sektor tertentu yang boleh membawa manfaat kepada kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.