1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Kerangka Polisi Ekonomi Kitaran dengan menyasarkan untuk merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkin amalan pertumbuhan hijau dalam rantaian nilai pembuatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan momentum positif pasaran Bursa Malaysia akan berterusan pada suku keempat 2024 (S4), dipacu oleh pelaburan asing dan disokong oleh ekonomi yang sihat serta prospek pendapatan korporat yang memberangsangkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagi mengurangkan modal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016.