Terdapat 283 berita berdasarkan kata kunci carian " mingguan"

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur diniagakan dengan kecenderungan menurun sedikit minggu depan dalam keadaan peningkatan output dan paras stok, kata peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Bergerak Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini walaupun pasaran niaga hadapan getah serantau menyaksikan kenaikan momentum, kata seorang peniaga.

Harga Runcit RON97 Dan Diesel Di Semenanjung Turun 3 Sen

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pembelian Saham Harga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan pada jam terakhir dagangan untuk ditutup lebih tinggi sedikit dipacu oleh aktiviti pembelian saham harga rendah dalam saham tenaga dan telekomunikasi pada sesi lewat dagangan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tidak Berubah Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak berubah minggu depan disebabkan kekurangan pencetus pasaran dan minggu dagangan yang lebih pendek.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berdepan Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan meneruskan prestasi pasaran tunai asas, yang dijangka mengalami dagangan tidak menentu minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran yang berterusan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.

Pergerakan Penumpang Naik 13.9 Peratus Pada April - Malaysia Airports

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports merekodkan peningkatan 13.9 peratus bulan ke bulan pergerakan penumpang merentasi semua rangkaiannya di Malaysia dan Turkiye pada April 2025.

Institusi Tempatan Kembali Raih Aliran Masuk Bersih RM222.9 Juta Minggu Lepas - MIDF

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan menamatkan jualan berterusan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM222.9 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih setakat ini pada tahun ini kepada RM7.9 bilion.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar pada minggu depan.