BERITA TERKINI   Subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar | 

Terdapat 259 berita berdasarkan kata kunci carian " bulanan"

Tiada Pembayaran Insentif Getah Untuk Pekebun Kecil Bagi Januari 2025 - LGM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Maybank Aktifkan Bantuan Kewangan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas Di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Sedikit

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk harga minyak mentah penanda aras yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli ekoran cuaca lembap di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.

Sistem Perbankan Malaysia Kekalkan Kedudukan Mudah Tunai Yang Sihat - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai (LCR) sebanyak 160.7 peratus, naik daripada 147.9 peratus pada November, menyokong pengantaraan kewangan yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Meningkat 0.5 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat secara perlahan pada 0.5 peratus tahun ke tahun bagi  Disember 2024 selepas susut 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Westports Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM897.98 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM897.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM779.43 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Semakan Gaji Kakitangan Kerajaan, Kenaikan Gaji Minimum Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat

Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam.

Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.7 Peratus Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Industri Automotif Malaysia Capai Rekod Jualan 816,747 Unit Pada 2024

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod  jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.

Perdagangan Malaysia Pada 2024 Catat Nilai Tertinggi Baharu RM2.88 Trilion - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport dan import kembali meningkat kepada paras tertinggi baharu pada 2024, dengan perdagangan berjumlah RM2.88 trillion, naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Forum Kewangan Masa Depan 2025: Inisiatif ARIM Perkasa Generasi Pemimpin Akan Datang

JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.