8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.
8bulan ago
CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.0 peratus bagi tempoh berbaki tahun ini kerana tahap ini sejajar dengan penilaian semasa pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd mendapati pendedahan kredit yang minimum terhadap potensi risiko tarif Amerika Syarikat (AS) dengan anggaran kurang daripada tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pinjamannya mungkin terjejas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan krisis tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Untung bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025) melonjak kepada RM74.54 juta daripada RM12.50 juta pada TK2024, manakala perolehan meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM1.84 bilion sebelumnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia akan memulakan rundingan tarif timbal balik bersama Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dengan objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara terutamanya dalam sektor-sektor penting, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz