BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | 

Terdapat 738 berita berdasarkan kata kunci carian "ihh"

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Di Tengah-tengah Sentimen Positif Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Isnin, seiring dengan prestasi positif rakan serantau, kata seorang penganalisis.

Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan dari segi permintaan untuk tempoh jangka panjang, disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) selain faktor demografi yang menua.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Kembali Lepasi Paras 1600 Mata

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.

FBM KLCI Kekal Di Zon Positif Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di zon positif pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan di Wall Street berikutan kebimbangan mengenai penilaian mengatasi data ekonomi yang kukuh walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat penurunan kecil, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham-saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini mulai mereda.

Bursa Malaysia Dalam Wilayah Negatif Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dalam wilayah negatif ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini disebabkan dagangan lengang dan prestasi pasaran serantau yang lebih lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu berikutan kemerosotan Wall Street kerana pelabur meneliti komen daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat  (AS) Jerome Powell yang mencadangkan ekuiti AS mungkin terlebih nilai.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Tetapi Kekal Lebih 1,600 Mata

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin tetapi jumlah dagangan yang meningkat sedikit membantu mengekalkan indeks utama melepasi paras 1,600 mata.

Bursa Malaysia Dibuka Naik 3.65 Mata, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.