Terdapat 2309 berita berdasarkan kata kunci carian " 2024"

Cebu Pacific Alu-alukan Perniagaan Penyelenggaraan Komponen Pesawat Tempatan

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Cebu Pacific, syarikat penerbangan tambang rendah di Filipina mempelawa perbincangan untuk mewujudkan perniagaan penyelenggaraan komponen pesawat tempatan dalam sektor penerbangan yang semakin pesat di Asia.

AMRO Turunkan Unjuran Pertumbuhan ASEAN+3 Bagi 2024 Kepada 4.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam. 

Johor Catat Pelaburan Komited RM12.93 Bilion Suku Kedua 2024

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM12.93 bilion sehingga tempoh suku kedua tahun ini, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Pasaran Kewangan Domestik Kekal Berdaya Tahan Dalam Persekitaran Tidak Menentu Global - BNM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Keadaan pasaran kewangan domestik kekal teratur sepanjang tempoh tidak menentu yang ketara dalam pasaran kewangan global pada suku kedua dan ketiga tahun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Dijangka Capai Sasaran Defisit Fiskal 4.3 Peratus Pada 2024 - OCBC

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.

Politik Stabil, Dasar Kerajaan Tarik Minat Syarikat Global Melabur Di Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Filipina Giat Tinjau Peluang Usaha Sama Pembangunan Lapangan Terbang

Daripada Kisho Kumari

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Filipina sedang giat meninjau peluang usaha sama bagi pembangunan lapangan terbang di negara itu.

Malaysia Raih Jualan Lebih RM400 Juta Di Ekspo China-ASEAN 2024

KUALA LUMPUR, 3 Okt  (Bernama) -- Pempamer Malaysia di acara Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat prestasi mengatasi jangkaan dengan menjana jualan bernilai lebih RM402.88 juta berbanding sasaran awal RM320 juta.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Peningkatan Ketegangan Di Timur Tengah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan peningkatan ketegangan di Timur Tengah, kata seorang peniaga.