1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui bahagian Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai dua memorandum persefahaman (MOU) bertujuan meningkatkan kecekapan teknologi dan operasi dalam sektor penerokaan dan pengeluaran (E&P) Malaysia
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara, pada masa sama memperkukuhkan perkongsian kepakaran dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions melihat potensi rangkaian 5G kedua Malaysia berperanan sebagai penyedia kesalinghubungan khusus terutama dalam menyokong aplikasi Internet Kebendaan Perindustrian (IIoT).
1tahun ago
BARCELONA, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mengintai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center (BSC) yang mempunyai peranan penting aktif dalam membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan di China, sempat mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan satu demi satu dengan empat syarikat terkemuka di Shanghai, sebelum meneruskan lawatan ke Beijing, hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi, menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), sedang berbincang dengan beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk perlaksanaan Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil.
1tahun ago
BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo mengadakan sesi libat urus dengan wakil daripada Kesatuan Eropah (EU) untuk berkongsi inisiatif mengenai perjalanan Malaysia dalam membangunkan bandar digital dan pintar yang menambah baik kehidupan rakyat.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
1tahun ago
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata minat dan kecenderungan pelabur dan syarikat dari China terhadap Malaysia dilihat semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Umum bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana Arab Saudi (Monsha’at) di Forum Biban24 di Riyadh, Arab Saudi.
1tahun ago
BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan apabila berjaya melonjakkan Kuala Lumpur ke kedudukan lebih baik berbanding tahun lepas, dalam Indeks Bandar Pintar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Petronas menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) bekerjasama dengan Earth Science Analytics (ESA) dan Amazon Web Services (AWS) untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) termaju untuk mempercepat usaha penerokaan di Lembangan Melayu dan meningkatkan keupayaan platform Petronas myPROdata.