BERITA TERKINI   Malaysia akan menggerakkan strategi semikonduktor pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 - PM Anwar | PM Anwar menggesa kerjasama secara pro bono antara industri semikonduktor dan universiti bagi meningkatkan kepakaran dalam bidang berkenaan. | Rakuten Trade menjangka ringgit diselaraskan semula, diniagakan pada 4.00 - 4.15 berbanding dolar AS pada akhir 2025 | Rakuten Trade menaikkan sasaran FBM KLCI 2025 kepada 1,650 daripada 1,630 | Kerajaan akan perkenal inisiatif baharu penjanaan tenaga boleh baharu, Solar Accelerated Transition Action Programme bermula 1 Dis - PETRA | 

Terdapat 2219 berita berdasarkan kata kunci carian " fi"

Prestasi Ringgit, Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Isnin susulan pengukuhan ringgit yang menjejaskan permintaan terhadap komoditi itu, kata peniaga.

Pelabur Tumpu Data Ekonomi, Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus susut apabila mengakhiri dagangan Isnin dengan rendah ketika pelabur menumpukan minggu yang sarat dengan pengumuman data penting.

 

Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Prestasi Suram Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.

Felda Mahu Pupuk Hubungan Perniagaan Malaysia Dan Indonesia

JAKARTA, 30 Sept (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya, dengan firma dalam Dewan Usahawan Indonesia (KEIND) untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

AirAsia Gesa Landskap Perjalanan Udara ASEAN Bersifat Lebih Liberalisasi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Walaupun operasi berkembang pesat di negara-negara ASEAN utama, kesukaran berterusan AirAsia untuk mendapatkan lesen operasi di Singapura mengetengahkan cabaran utama dalam sektor penerbangan - konflik antara perlindungan nasional dan keperluan kepada persaingan terbuka.

MAVCOM Lapor 32 Peratus Penyusutan Dalam Aduan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Pelabur Asing Jadi Penjual Bersih Catat RM527 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pelabur asing menjadi penjual bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas berikutan mereka mengambil keuntungan selepas membeli bersih selama enam minggu berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

BMI Unjur Defisit Malaysia Susut Di Bawah 4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran terhadap defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan lebih rendah berbanding 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, kepada 4.3 peratus pada 2024, dan seterusnya 3.9 peratus pada 2025.

Belanjawan 2025: Bon Hijau, Rebat Cukai Bantu Firma Telekomunikasi Beralih Kepada TBB

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Langkah memperkenalkan bon hijau yang kompetitif, pengurangan atau rebat cukai menerusi Belanjawan 2025 akan menggalakkan syarikat termasuk firma telekomunikasi untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) dalam operasi masing-masing.

Ringgit Terus Catat Aliran Meningkat, Dibuka Pada 4.1150 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Belanjawan 2025: Perlu Tambah Baik Lanjutan Ke Atas Dasar Perdagangan Antarabangsa - Pakar

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan diharapkan dapat mengumumkan inisiatif penambahbaikan lanjutan terhadap dasar perdagangan antarabangsa Malaysia terutama melibatkan rantau ASEAN untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi pembentangan Belanjawan 2025.