BERITA TERKINI   Ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Penilai bebas mengesahkan sistem Aerotrain KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2026, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | Keyakinan perniagaan Malaysia pada Januari mencapai paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun, manakala kos input turun buat kali pertama sejak Mei 2020 - S&P Global | Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2025, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | 

Terdapat 2850 berita berdasarkan kata kunci carian " produk"

Bank Islam Sasar 800 Langganan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth Tahun Ini

KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langganan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannya menjelang akhir tahun ini.

MIDF Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi bursa serantau, apabila aktiviti buruan saham pada harga rendah meningkatkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) selepas mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan beberapa hari lepas.

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Kewangan Terima 2.3 Juta Aduan Sejak Lima Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.

Affin Hwang Lancar Waran Berstruktur Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur niaga hadapan minyak sawit mentah pertama Malaysia di Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Dengan Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Hextar Industries Bhd menerusi anak syarikatnya Global Aroma Sdn Bhd (GASB) akan membuka lima cawangan Luckin Coffee menjelang akhir bulan ini.

Kerjasama Strategik Penting Demi Pembangunan Hartanah Malaysia - Lim

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembangunan hartanah Malaysia memiliki potensi yang besar pada masa depan, bagaimanapun, kejayaan itu bergantung kepada kerjasama yang strategik, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Penjualan Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.

HDC Bantu Tingkat Integriti Halal, Pulih Imej Syarikat

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) komited membantu syarikat di Malaysia memahami proses pengurusan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan integriti halal dan memulihkan imej syarikat terlibat.