Terdapat 629 berita berdasarkan kata kunci carian " cap"

Hari Demo Cyberview Pamer Kebangkitan Syarikat Pemula Niaga Malaysia

CYBERJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga Malaysia memperkenalkan produk masing-masing kepada para pelabur pada Hari Demo Kohort 20 Program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) hari ini. 

Tarif AS : Penangguhan Beri masa Untuk Malaysia Capai Terma Lebih Baik -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai masa untuk berunding bagi mendapatkan terma dagangan yang lebih baik susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada 1 Ogos, 2025, berbanding tarikh asal pada 9 Julai, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

SC, Durham University Meterai MoU Majukan Pendidikan Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Durham menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan, dan inisiatif bersama dalam bidang kewangan Islam dan pasaran modal Islam (ICM).

Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil Berjaya Capai Objektif - PM Anwar

RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Ahmad's Fried Chicken Mahu "Meriahkan" Pasaran Makanan Segera Tempatan

Oleh Ahmad Idzwan Arzmi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ketika perniagaan bakeri dalam talian yang diusahakan merosot semasa pandemik COVID-19, sepasang suami isteri menukar haluan dengan memilih perniagaan ayam goreng apabila mendapati wujudnya gelombang minat orang ramai terhadap sajian itu terutama keluaran tempatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti jualan yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam kaunter utiliti dan kewangan, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau, kata penganalisis.

Lawatan PM Anwar Ke Perancis Berjaya, Tingkatkan Lagi Kerjasama Dalam Semua Sektor - Presiden Macron

Daripada Arul Rajoo Durar Raj

PARIS, 4 Julai (Bernama) - Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.

Perjanjian Pembelian Pesawat AirAsia-Airbus Sokong Aspirasi Malaysia Jadi Hab Penerbangan Utama Rantau Asia

Daripada Arul Rajoo Durar Raj

PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian pembelian pesawat A321XLR antara AirAsia dan Airbus akan mengukuhkan lagi keupayaan operasi syarikat penerbangan itu bagi laluan jarak dekat dan sederhana.

AirAsia Meterai Perjanjian Bernilai US$12.25 Bilion Dengan Airbus Tambah 70 Pesawat Jarak Jauh

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Santan Rancang Pengembangan Di ASEAN, Bermula Dengan Indonesia Dan Filipina

Oleh Norhayati Mohd Akhir

SEPANG, 4 Julai (Bernama) -- Santan, jenama makanan dan minuman di bawah Capital A Bhd menyasarkan fasa pengembangan antarabangsanya di rantau ASEAN bermula dengan Indonesia dan Filipina, seawal tahun hadapan.

mySalam Perluas Capaian Menerusi Karnival 3K Di Pulau Bum Bum

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Skim perlindungan takaful nasional mySalam yang dikendalikan Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melakar sejarahnya tersendiri apabila memperluas perlindungannya secara inklusif ke Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah menerusi penganjuran Karnival 3K: Kewangan, Kesihatan, Kebajikan.

Takaful IKHLAS Lancar ‘IKHLAS Impianku’, Produk Bantu Rakyat Capai Impian Kewangan

PUTRAJAYA, 3 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Bhd, hari ini melancarkan produk terbaharunya IKHLAS Impianku.