Terdapat 682 berita berdasarkan kata kunci carian " eropah"

Perjalanan Udara Kelas Premium Antarabangsa Melonjak 11.8 Peratus Pada 2024 - IATA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melaporkan perjalanan udara kelas premium antarabangsa iaitu kelas perniagaan dan kelas pertama melonjak sebanyak 11.8 peratus pada 2024.

Pelabuhan Tuna, Hasil Laut Dalam Sabah Berpotensi Jana Hingga RM1.8 Bilion Setahun

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan bagi pendaratan ikan tuna dan hasil laut dalam bertaraf Kesatuan Eropah di Kota Kinabalu berpotensi menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion setahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Cenderung Menurun Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun pada minggu depan disebabkan jangkaan permintaan yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Tengku Zafrul Nafi Dakwaan Perjanjian Eksklusif Nadir Bumi Untuk AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah meminta akses eksklusif kepada produk nadir bumi dari Malaysia.

Penurunan Kadar Tarif Beri Petunjuk AS Sedia Berunding - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi.

Permintaan Penumpang Global Naik 2.6 Peratus Pada Jun - IATA

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) merekodkan peningkatan 2.6 peratus dalam jumlah permintaan penumpang global bagi Jun 2025.

FMM Gesa ASEAN Perkukuh Perdagangan, Integrasi Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa ASEAN menggiatkan usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pengeluaran intraASEAN.

Kedudukan ASEAN Sebagai Kuasa Ekonomi Serantau Kekal Utuh - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kedudukan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang berkembang pesat kekal utuh, begitu juga komitmennya untuk meningkatkan integrasi ekonomi termasuk dalam bidang kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

FBM KLCI Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia hampir tidak berubah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa berikutan penjualan berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih didahului kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan serta penurunan di pasaran serantau.

MPOB Jangka Eksport Minyak Sawit Pulih Pada Separuh Kedua 2025

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama.

Bekalan Makanan Haiwan Peliharaan Di Malaysia Masih Stabil Meskipun Ketegangan Thai-Kemboja

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ketegangan antara Thailand dan Kemboja yang masih berterusan tidak dijangka menjejaskan bekalan makanan haiwan peliharaan berasaskan tuna di Malaysia buat masa ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, naik 0.29 peratus, didorong oleh minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan serta produk perindustrian dan perkhidmatan.