7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Akauntan berperanan penting untuk membimbing syarikat menambah baik amalan kemampanan terutama dalam tadbir urus, dengan memastikan pendedahan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai sejajar dengan piawaian antarabangsa, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus bagi suku pertama 2025 merupakan petunjuk positif terhadap ketahanan ekonomi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
7bulan ago
Oleh Naveen Prabu Kuppusamy
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) masih belum menentukan sama ada Malaysia akan diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah di bawah sistem penanda aras yang bakal diperkenalkan menerusi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), kata Duta EU ke Malaysia Rafael Daerr.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, melalui unit milik penuh, Multi-Code Electronics Industries Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat Wuhu yang berpangkalan di China bagi menyokong pengeluaran tempatan untuk Chery Malaysia.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
8bulan ago
MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor sawit Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Untung bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025) melonjak kepada RM74.54 juta daripada RM12.50 juta pada TK2024, manakala perolehan meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM1.84 bilion sebelumnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyifatkan peraturan terkini kerajaan yang mewajibkan sarung tangan getah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia untuk tujuan eksport sebagai langkah yang tepat pada masanya dan perlu untuk melindungi integriti industri sarung tangan negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) percaya bahawa rundingan diplomatik yang berterusan antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) boleh membawa kepada perjanjian perdagangan yang adil dan seimbang.
8bulan ago
SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) meneroka sektor digital patuh syariah menerusi pelancaran platform e-dagang gaya hidup Muslim berteraskan ekosistem halal dikenali sebagai Haqqi Mall.