Terdapat 347 berita berdasarkan kata kunci carian " sidang media"

Mekanisme Penyasaran Subsidi RON95 Masih Diperhalusi, Sistem MyKad Dalam Pertimbangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 sedang diperhalusi yang akan melibatkan harga dua peringkat dengan kemungkinan menggunakan sistem MyKad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Kerajaan Peruntuk RM1.9 Bln Untuk Bas Baharu Prasarana - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM1.9 bilion kepada Prasarana Malaysia Bhd untuk membeli 1,660 bas diesel dan elektrik baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Agrobank Salur Pembiayaan Tertinggi RM10.44 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Agrobank mencatat rekod penyaluran pembiayaan tertinggi sebanyak RM10.44 bilion yang merentasi semua sektor pada 2024.

Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembinaan, Wawasan Dengkil Holdings Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia hari ini merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan lebih banyak projek infrastruktur ladang solar.

Kerajaan Peruntuk RM1.5 Bilion Bagi Jana Pendigitalan PMKS Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan dana kumulatif berjumlah RM1.5 bilion bagi menyokong inisiatif pendigitalan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan daya saing perniagaan.

Fasa Pertama Perlis Inland Port Berupaya Kendali 300,000 TEU Kontena Setahun - Loke

PADANG BESAR, 24 Mac (Bernama) — Fasa 1 Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, di sini, dijangka siap pada suku ketiga tahun ini berupaya mengendalikan 300,000 bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setahun.

Tabung Haji Kekal Berdisiplin Urus Pelaburan Di Sebalik Ketidaktentuan Ekonomi Global - CEO

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mengekalkan disiplin dalam menguruskan portfolio pelaburannya bagi memastikan pemeliharaan modal yang selamat serta pulangan dividen yang mampan di sebalik cabaran ekonomi global pada 2025.

SC Dijangka Serah Syor Semakan Fi Kepada MoF Menjelang Akhir Mac

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka mengemukakan cadangan bagi menyemak semula levi fi daripada perantara, kepada Kementerian Kewangan (MoF) menjelang akhir Mac ini.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas FOMC Cenderung Turunkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.

Pemaju Malaysia Terajui Transformasi Bandar Australia Ketika Usaha Di Tanahair Terus Didebat - NGA

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia menerajui projek-projek pembaharuan semula bandar-bandar besar Australia ketika Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Malaysia sebaliknya terus diperdebat dalam keadaan perumahan kos rendah yang kian merosot, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Malaysia Sasar Jualan Hartanah RM180 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar untuk menjana jualan hartanah RM180 bilion merentas semua sektor tahun ini, kata menterinya Nga Kor Ming.

Chemlite Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Sasar Kumpul IPO RM30 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Chemlite Innovation Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasar mengumpul RM30 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).