BERITA TERKINI   Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Jeddah pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung - Suami | 

Terdapat 486 berita berdasarkan kata kunci carian "petrol"

OPEC Akan Terus Melabur Dalam Bahan Api Fosil Walaupun Terdapat Inisiatif Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.

Harga Minyak Global Melonjak Berikutan Konflik di Kawasan Selat Hormuz - Petronas

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Harga minyak global melonjak berikutan jangkaan berlaku kejutan bekalan akibat konflik yang semakin memuncak di sekitar kawasan Selat Hormuz, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang rendah dalam situasi konflik meningkat di Timur Tengah antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

Asia Berperanan Penting Pacu Inovasi, Kemampanan Bagi Peralihan Tenaga - Petronas

BANGI, 15 Jun (Bernama) -- Asia berperanan penting dalam memacu inovasi dan pertumbuhan mampan bagi peralihan tenaga, kata Naib Presiden Kelestarian Korporat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Charlotte Wolff-Bye.

Pemimpin Berpengaruh Industri Berhimpun Di Energy Asia 2025, Pacu Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Harga Minyak Naik Berikutan Konflik Israel-Iran, Lonjak Saham-Saham Tenaga Bursa Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal Bagi Tempoh 12 Hingga 18 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

Maybank IB: Cukai Jualan Barangan Keperluan Sifar Peratus Dijangka "Neutral" Kepada Sektor Pengguna

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

IPP Malaysia Naik 2.7 Peratus Pada April Disokong Oleh Sektor Pembuatan - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi April 2025 merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).