1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang besar di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, dengan menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemaran beliau hinggalah kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tahun ini memandangkan tetapan semasa kekal akomodatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka mengukuh pada tahun ini di walaupun terdapat amaran mengenai kemungkinan berlakunya ketidaktentuan pasaran, kata Manulife Investment Management.
1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah US$115.5 bilion setakat 15 Jan, 2025, berbanding US$116.2 bilion pada 31 Dis, 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan TechStore Bhd menyasar meraih RM25 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 18 Feb, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada ekonomi negara masih belum mencapai sasaran ditetapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
1tahun ago
Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan Malaysia pada 2025 dijangka terus meningkat, disokong oleh peningkatan pelancongan perubatan, kemasukan pesakit dan rawatan kes rumit, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.