6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur bertindak mengambil untung selain berpendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan sentimen pasaran percaya ketegangan perdagangan semakin mereda, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen optimis bahawa Malaysia mampu meraih perjanjian dagangan lebih menarik dalam rundingan tarif dengan Washington, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong sentimen pasaran yang lebih baik susulan langkah sokongan fiskal terkini.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu didorong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan penurunan hasil Perbendaharaan AS, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, peningkatan yang disokong oleh langkah sokongan fiskal terbaharu yang diumumkan kerajaan apabila dana asing kembali ke pasaran ekuiti tempatan, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif pada 1 Ogos.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International.