BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani raih gelaran Masters Indonesia 2026 | Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei raih gelaran Masters Indonesia 2026 | Masters Indonesia: Beregu wanita utama negara Pearly-Thinaah muncul juara selepas Igarashi-Takahashi tarik diri dari final - BAM | 

Terdapat 529 berita berdasarkan kata kunci carian " pemulihan "

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

Petronas Gas Unjur Impak Keuntungan RM60 Juta Pada Tahun Kewangan 2025 Susulan Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) pada masa ini dianggarkan mengalami jumlah impak keuntungan sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangan 2025.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Lantunan Sederhana Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan lantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan selepas penurunan baru-baru ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar pada minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan 6 Hari Berturut-Turut

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan enam hari berturut-turut disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan sentimen mengelak risiko yang bertambah baik. 

Bursa Malaysia Meningkat Didorong Minat Belian Sederhana

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih tinggi pada tengah hari Jumaat di tengah-tengah minat belian sederhana, khususnya bagi saham wajaran tinggi terpilih.

Konsolidasi Fiskal Malaysia Bagi Suku Pertama 2025 Kekal Di Landasan Tepat --MOF

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 menyusut kepada RM21.9 bilion pada suku pertama 2025 daripada RM26.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

China, ASEAN Muktamadkan Rundingan CAFTA 3.0 - Kementerian Perdagangan China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 22 Mei (Bernama) -- China dan ASEAN secara rasminya memuktamadkan rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0, kata Kementerian Perdagangan China.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Industri Insurans Am Malaysia Diunjurkan Berkembang Pada 6.6 Peratus CAGR Dari 2025 Hingga 2029 - GlobalData

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.6 peratus daripada RM24.6 bilion pada 2025 kepada RM31.8 bilion menjelang 2029 dari segi premium bertulis kasar (GWP), kata syarikat data dan analisis GlobalData.