BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | Piala Malaysia: PDRM FC 1-10 JDT | Piala Malaysia: Penang FC 1-0 Kuching City FC | Jasad dipercayai penumpang pesawat yang mengalami nahas di Sulawesi Selatan Indonesia ditemukan - pasukan SAR | 

Terdapat 705 berita berdasarkan kata kunci carian " penganalisis"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan peserta pasaran menunggu pengumuman data industri utama untuk mendapatkan hala tuju yang lebih jelas.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Dagangan Kecil Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan dengan tarikh akhir perjanjian tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai menjadi tumpuan utama pasaran, kata para penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih, menurut seorang penganalisis.

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi bercampur-campur berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham produk pengguna dan perkhidmatan terpilih menjejaskan kenaikan awal, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila kenaikan kukuh berterusan yang dialami indeks penanda aras baru-baru ini telah dikekang berikutan aktiviti jualan saham wajaran tinggi terpilih yang berlanjutan -- diterajui Tenaga Nasional -- telah mengehadkan kenaikan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki sentimen serantau yang optimis, bagaimanapun aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan baru-baru ini menjejaskan pasaran, kata seorang penganalisis.

Belian Saham Teknologi, Berkaitan Petronas Dorong FBM KLCI Ditutup Paras Tertinggi Harian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan, kebanyakannya dalam saham teknologi terpilih dan berkaitan Petronas mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras tertinggi harian dan ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan untuk lima sesi dagangan berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Selepas Dibuka Rendah, Disokong Keyakinan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu namun, meningkat semula tidak lama selepas itu, disokong oleh pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih susulan keyakinan terhadap prospek ekonomi domestik, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).