3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengekalkan momentum dan ditutup tinggi pada Isnin, didorong oleh pengukuhan niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan akibat musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.20 hingga RM4.22 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila peniaga mengambil sikap berhati-hati susulan penutupan kerajaan AS dan menjelang Belanjawan 2026 Malaysia.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri minyak sawit memohon kerajaan memberi lebih banyak insentif bersasar dan sokongan dasar diberikan dalam Belanjawan 2026 untuk meningkatkan daya saing eksport, mempertingkat hasil dan produktiviti, serta memperkukuh kemampanan, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sektor swasta perlu terus bekerjasama dengan kerajaan untuk bersama-sama membangunkan penyelesaian, memperluas inovasi dan membina ekonomi hijau yang berdaya saing bagi Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) ‒ Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, didorong kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan negara maju itu yang hanya melemahkan lagi mata wangnya.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas susulan pengukuhan ringgit yang mungkin mengurangkan permintaan minyak sawit Malaysia dalam masa terdekat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa sistem yang digunakan dalam pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) selamat daripada sebarang ancaman siber, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur pasaran hadapan serantau, kata peniaga.
4bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$3,800 minggu depan, disokong oleh permintaan berterusan terhadap aset selamat dan jangkaan terhadap pengumuman data buruh Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia dan India sedang meneroka kerjasama lebih erat dalam sektor semikonduktor, pengumuman mengenainya dijangka dilakukan semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia bulan depan.