3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di kebanyakan pasaran ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya apabila kekal dalam wilayah positif pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dan merentasi semua papan indeks, kecuali Indeks Tenaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street walaupun awal urus niaganya tidak menentu ketika sebahagian besar peniaga mengetepikan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Isnin, seiring dengan prestasi positif rakan serantau, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan dari segi permintaan untuk tempoh jangka panjang, disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) selain faktor demografi yang menua.
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal di zon positif pada tengah hari ini, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan di Wall Street berikutan kebimbangan mengenai penilaian mengatasi data ekonomi yang kukuh walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat penurunan kecil, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham-saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini mulai mereda.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dalam wilayah negatif ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini disebabkan dagangan lengang dan prestasi pasaran serantau yang lebih lemah.