3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin tetapi jumlah dagangan yang meningkat sedikit membantu mengekalkan indeks utama melepasi paras 1,600 mata.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter wajaran tinggi dalam sektor pembinaan, utiliti dan perkhidmatan kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat melepasi paras utama pada 1,600, disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street.
3bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kejayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih tiga anugerah semasa persidangan dan pameran antarabangsa berprestij Enlit Asia 2025 di Bangkok baru-baru ini membuktikan penerajuan inovasi dan kemampanannya dalam sektor kuasa dan tenaga.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencecah paras 1,600 dan ditutup pada paras tertinggi hariannya, meningkat 1.1 peratus berikutan pelabur menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar seawal minggu depan, menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik berdasarkan asas pelarasan mata wang.
4bulan ago
PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan global susulan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah minggu depan.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan selama tiga hari manakala kebanyakan indeks serantau ditutup lebih tinggi selepas inflasi harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada Ogos lebih perlahan berbanding jangkaan.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, peningkatan hari ketiga berturut-turut seiring dengan bursa saham utama Asia yang lain.