Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " gamuda bhd"

PKNPk, Gamuda Bekerjasama Tangani Isu Kekurangan Air Kritikal Di Perak Utara

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.

JV Gamuda-Ferrovial Meterai Perjanjian Sistem Simpanan Hidro Pam Capricornia, Australia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Gamuda Bhd, menerusi usaha sama dengan Ferrovial (GFJV), telah memeterai perjanjian penglibatan kontraktor (ECI) dengan Capricornia Energy Hub (CEH) bagi Sistem Penyimpanan Hidroelektrik Berpam Capricornia (PHES) di Queensland Tengah, Australia. 

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

MRT Corp Anugerah Kontrak Sivil Utama LRT Laluan Mutiara Kepada SRS Consortium

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion. 

Unit Gamuda Beli Tanah Pegangan Kekal Di Port Dickson Dengan Harga RM424.4 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syariikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta.

Gamuda JV Peroleh Projek Loji Janakuasa Di Sabah Bernilai RM3.05 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd dalam usaha sama (JV) dengan Conlay Construction Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor pembangunan secara keseluruhan bagi loji janakuasa Hidroelektrik Ulu Padas di Sabah.

BuildXpo 2024 Bekerjasama Dengan Gamuda Pamer Pembinaan Mampan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd (QUBE) menamakan Gamuda Bhd sebagai Penaja Platinum untuk Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2024 (BuildXpo 2024) yang berlangsung dari 22 hingga 24 Okt, 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.