Terdapat 453 berita berdasarkan kata kunci carian " korea"

Malaysia Catat Jualan Eksport RM45.4 Bilion Daripada Misi Perdagangan Perdana Menteri 2025

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion daripada hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara pada 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ASEAN Berpotensi Hasilkan 8.5 Juta Tong SAF Sehari Menjelang 2050 - Laporan

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Negara-negara ASEAN berpotensi menghasilkan 8.5 juta tong bahan api penerbangan mampan (SAF) sehari menjelang 2050 selaras dengan keperluan mendesak untuk menyahkarbon sektor penerbangan, dengan Malaysia, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand mempunyai bahan mentah yang banyak untuk menyokong pengeluaran SAF.

Ekonomi ASEAN+3 Dijangka Berkembang 4.0 Peratus pada 2026 - AMRO

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelabur Asing Jual Ekuiti Asia Bernilai US$1.05 Bilion Pada Minggu Lepas -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Minggu Keenam Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.

Dasar Komprehensif Mampu Perkasa Ekonomi Labuan - Ahli Ekonomi

LABUAN, 24 Dis (Bernama) -- Satu rangka kerja dasar yang komprehensif dan berpandangan jauh perlu diwujudkan bagi membangunkan semula ekonomi Labuan dengan memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang strategik, status Wilayah Persekutuannya dan ekosistem kewangan luar pesisirnya yang mantap.

RHB Akan Tambah Baik Kad Debit Pelbagai Mata Wang, Perkukuh Transaksi Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- RHB Banking Group merancang untuk menambah baik kad debit pelbagai mata wangnya dengan menambah dua atau tiga lagi mata wang asing menjelang suku kedua 2026, kata ketua kewangan penggunanya, Sien Vee Loc.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Infrastruktur Digital Kukuh Malaysia Tarik Pelaburan Ke Dalam Negara - Fahmi 

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Tekanan Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.

Inflasi Malaysia Naik 1.4 Peratus Pada November 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.4 peratus pada November 2025, naik daripada 1.3 peratus pada Oktober, dengan indeks harga pengguna (IHP) berada pada 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada bulan yang sama  tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).