BERITA TERKINI   Suspek lepaskan tembakan ke arah pekerja pembersihan selepas ditegur supaya alihkan barang- Pengarah JSJ | Insiden tembakan di Setia Alam: Risikan awal dapati suspek berada di bawah pengaruh dadah - Pengarah JSJ | 

Terdapat 2797 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jumlah Dagangan Melonjak Kepada 36 Lot

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada akhir dagangan Jumaat, menjelang pengumuman laporan senarai gaji bukan perladangan pada lewat hari ini.

Yinson Beri Geran Y4Y RM50,000 Kepada Yayasan SOLS Dan SAGEMAKER ASIA

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd telah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.

AI Ubah Pengauditan Melalui Cerapan Masa Nyata, Unjuran Risiko Masa Depan

Oleh Nurul Hanis Izmir

CYBERJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Masa depan pengauditan dijangka mengalami perubahan besar menerusi penyatuan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan penilaian risiko masa nyata serta cerapan unjuran melebihi kaedah tradisional, kata Pengasas Bersama Audrey South Africa, Claude Chetty.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.4 Bilion Pada 31 Jan, 2025

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.

Pasaran Getah KL Akhiri Minggu Ini Dengan Paras Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan sentimen positif, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Saham Teknologi, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Terus Meningkat Bagi Hari Keempat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Agrobank Sasar 80,000 Peserta Bagi Kempen Mega Million 2.0

SUBANG JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 Nov, 2024 hingga 31 Okt, 2025.

Pos Shop Pertama Di Sabah Bantu PKS Jana Pendapatan

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.

USO Labuan Teruskan Pengembangan Dengan Kemudahan Ketujuh Di Mid Valley

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 7 Feb (Bernama) -- Universal Serviced Offices (USO), penyedia pejabat perkhidmatan yang berpangkalan di Labuan, mengumumkan pengembangan terbarunya melalui kemudahan baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Kinergy Terokai Sektor IPP, Peroleh 47.5 Peratus Kepentingan Dalam Jati Cakerawala

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd (KAB) sedang meneroka sektor pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan pengambilalihan kepentingan sebanyak 47.5 peratus bernilai RM35 juta dalam Jati Cakerawala Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Pesaka Ventures Sdn Bhd (PVSB).

Malaysia Mulakan Siasatan Anti-Lambakan Ke Atas Import Gegelung/Kepingan Keluli Bergalvani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Malaysia telah memulakan siasatan anti-lambakan ke atas gegelung/kepingan keluli bergalvani yang dieksport dari China, Korea Selatan dan Vietnam, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).