1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini.
1hari ago
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) — Global Construction Certification Centre Sdn Bhd (GCCC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB Holdings Sdn Bhd untuk mempromosi dan memudahkan akses kepada perkhidmatan pengujian, pensijilan dan latihan industri produk pembinaan antarabangsa.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan lebih kukuh hari ini, pulih selepas penurunan pada awal dagangan untuk ditutup 0.21 peratus lebih tinggi, paras tertinggi baharu untuk tahun ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia menganjurkan webinar mengenai ‘Kecerdasan Buatan (AI) dan Peranannya dalam Sektor Tenaga’ untuk meneroka bagaimana teknologi digital canggih membentuk masa depan tenaga lestari.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Genting Bhd (Genting), Genting Vista Bhd hari ini telah menerbitkan program nota jangka sederhana (MTN) tidak berkadar sebanyak RM3.0 bilion dalam nilai nominal (Siri 1) di bawah program MTN tidak berkadar RM5 bilionnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus memperkukuh amalan pengurusan data apabila empat pegawai jabatan itu berjaya memperoleh Certified Data Management Professional (CDMP) oleh DAMA International yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pemergian penganalisis ekonomi Prof Datuk Dr Madeline Berma hari ini turut dirasai oleh ahli ekonomi dan warga akademik, serta alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi ASEAN dan juga global.
1hari ago
TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus melaksanakan usaha pelaburannya lebih awal dalam memenuhi permintaan berterusan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), Turkiye.
1hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.