Terdapat 362 berita berdasarkan kata kunci carian " selangor"

Sektor Perbankan Dijangka Kekalkan Pelaburan Modal Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka mengekalkan pelaburan modalnya pada 2026, di tengah-tengah keterlihatan dividen yang kukuh dan potensi pulangan atas ekuiti (ROE) yang berkembang, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

Adex Media Dijangka Menguncup Lebih Sederhana Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan penguncupan yang lebih sederhana dalam perbelanjaan pengiklanan media (adex) tahun ini, disokong oleh kesan asas yang rendah dan peningkatan aktiviti pemasaran bersempena acara-acara sukan utama.

Zoho Corporation Buka Pejabat Serantau Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Zoho Corporation, syarikat teknologi global membuka pejabatnya di Subang Jaya, Selangor, bagi memperkukuh komitmennya kepada pelanggan serantau dan menyokong aspirasi transformasi digital Malaysia.

BS Freshmart Sasar RM1.25 Bilion Pendapatan Tahun Ini

KUALA SELANGOR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat Pasaraya BSK Sdn Bhd (BS Freshmart) menyasarkan hasil pendapatan kira-kira RM1.25 bilion menjelang hujung tahun ini.

Eksport Malaysia Meningkat 10.4 Peratus, Import Naik 12 Peratus Pada Disember 2025

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM14.3 bilion atau 10.4 peratus tahun ke tahun kepada RM153 bilion pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Selangor Catat RM3.021 Bilion Kutipan Hasil Negeri Pada 2025 - Menteri Besar

SHAH ALAM, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025, sekali gus merekodkan peningkatan konsisten selama lima tahun berturut-turut, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Syarikat Austria Berminat Perluas Kerjasama Dalam Tenaga Hidro Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Syarikat Austria berminat untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan tenaga hidro dengan Malaysia, menawarkan teknologi terkini dan kepakaran untuk menyokong matlamat tenaga boleh baharu (TBB) negara dan memenuhi permintaan terhadap elektrik yang meningkat daripada sektor seperti pusat data.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

SumiSaujana Rancang Pelbagaikan Operasi Ke Dalam Industri Bahan Kimia Khusus Berasaskan Bio

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA SELANGOR, 18 Jan (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), merancang untuk mempelbagaikan lagi operasinya ke dalam industri bahan kimia khusus berasaskan bio tahun ini.

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Pertama Tahun Ini Bernilai RM201.3 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM201.3 juta daripada Greencove Sdn Bhd untuk membina pangsapuri kediaman di Selangor.

Kerajaan Sasar Tingkat Nilai Eksport Nanas Kepada RM2 Bilion Menjelang 2027

KUALA KUBU BHARU, 14 Jan (Bernama) -- Kerajaan menyasar meningkatkan nilai eksport nanas negara kepada RM2 bilion menjelang 2027 sejajar dengan usaha memperkukuh pembangunan industri itu yang kini dilihat sebagai komoditi strategik bernilai tinggi.