Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz"

PM Anwar Lancar Pengoperasian Kilang Pemasangan Proton Di Mesir

Daripada Nashir Mansor

KAHERAH, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holdings Berhad di sini yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.

Huawei Sedia Ratusan Tapak Mudah Alih Di Sarawak, Percepat Transformasi Digital - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) --  Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah menyediakan beratus-ratus tapak rangkaian mudah alih, perkhidmatan pengkomputeran awan dan pusat operasi pintar di Sarawak yang membantu meningkatkan liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman.

Malaysia-EU Halusi Langkah Mulakan Rundingan Rasmi FTA- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Malaysia Dijangka Meterai FTA Dengan UAE Akhir Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Lawatan Negara Anwar Ke Pakistan Raih Potensi Perdagangan RM2.65 Bilion - Tengku Zafrul

ISLAMABAD, 4 Okt (Bernama) -- Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pemimpin Malaysia, Pakistan Komited Lonjak Perdagangan, Perniagaan - PM Anwar

Daripada Mohd Haikal Mohd Isa

ISLAMABAD, 3 Okt (Bernama) -- Terdapat komitmen jelas daripada kepimpinan Malaysia dan Pakistan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang boleh menghalang perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara daripada berkembang lebih jauh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pulau Pinang Harap Dua Projek Diluluskan Dalam Belanjawan 2025

GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap dua projek penting di negeri itu dapat diluluskan dalam Belanjawan 2025 iaitu pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan geran padanan bagi Penang Silicon Design @5km,+ kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

PM Anwar Hadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Data Google Bernilai US$2 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

MIHAS 2024 Capai Jualan RM4.3 Bilion, Peningkatan 34 Peratus Berbanding 2023

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Kepimpinan AIBC Mahu Tingkatkan Perdagangan, Hubungan Pelaburan ASEAN-India

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kepimpinan Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) yang baharu dilantik mengesahkan komitmennya untuk menggalakkan kerjasama sektor swasta dalam perdagangan dan pelaburan, selaras dengan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025.

Tetingkap Tunggal Malaysia Mudahkan Perdagangan Malaysia Dan China - MITI

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.