Terdapat 2618 berita berdasarkan kata kunci carian " 2026"

IPP Meningkat 3.1 Peratus Pada Mac 2026, Dipacu Pertumbuhan Pembuatan, Output Elektrik - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Berkembang 5.3 Peratus Kepada RM173.1 Bilion Pada Mac 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Teknologi Kembar Digital, Pembuatan Pintar Elemen Penting Perkukuh Ekosistem Perindustrian Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Teknologi kembar digital dan pembuatan pintar menjadi elemen yang semakin penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pulau Pinang Kekal Enjin Ekonomi Negara, Catat Pelaburan RM63.96 Bilion Pada 2025 - TYT

GEORGE TOWN, 8 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara enjin utama pertumbuhan ekonomi negara apabila berjaya mengekalkan momentum kukuh dalam sektor pelaburan, perdagangan dan ekonomi digital sepanjang tahun lepas.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Risiko Asia Barat, Kata Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat berikutan konflik Asia Barat yang berterusan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang kekal aktif dan eksport yang utuh dipacu perkembangan pesat sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat global.

Bantuan Bersasar Disediakan Untuk Perniagaan Terjejas Oleh Kenaikan Kos - BNM

Oleh M. Saraswathi & Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini seiring dengan penurunan pasaran tunai.

Malaysia Sasar Jadi Peneraju Pembungkusan Termaju Seiring AI Ubah Industri Cip Global

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk beralih daripada menjadi peneraju dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan (ATP) kepada peneraju dalam pembungkusan termaju seiring kecerdasan buatan (AI) yang membentuk semula industri semikonduktor global.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada Paras Semasa Sepanjang Baki Tempoh 2026

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada paras semasa 2.75 peratus pada Khamis mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menetapkan kadar tersebut tidak berubah bagi sepanjang baki tempoh 2026.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki kejatuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Pengekalan OPR Beri Petunjuk Keyakinan Terhadap Ketahanan Ekonomi Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keenam berturut-turut mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap daya tahan ekonomi domestik Malaysia meskipun terdapat ketidakpastian global semakin memuncak, kata ahli ekonomi.