Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " akreditasi"

Perkhidmatan Seni Bina Malaysia Perlu Jadi Penyumbang Kukuh Perdagangan Perkhidmatan - Liew

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan seni bina dan reka bentuk profesional Malaysia perlu tampil sebagai penyumbang kukuh kepada perdagangan perkhidmatan negara berikutan mempunyai kombinasi ciri-ciri moden dan warisan budaya. 

Maybank Sasar Perkasa Perkhidmatan Kewangan Serantau Seiring Kepengerusian ASEAN Oleh Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.

ICW dan BuildXpo 2024 Catat Sasaran Nilai Perdagangan Sebanyak RM654.4 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Pembinaan dan Bangunan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2024 berjaya mencatatkan sasaran nilai perdagangan sebanyak RM654.4 juta tahun ini.

Kota Kinabalu Dan Langkawi Capai Akreditasi Karbon Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah mencapai Pemetaan Tahap 1 Akreditasi Karbon Lapangan Terbang (ACA) yang diberikan Airports Council International (ACI).

SME Corp Sasar Lebih Banyak PMKS Sarawak Terima Manfaat

KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sarawak menerima manfaat melalui program yang akan dilaksanakan pada 2025, sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang lebih saksama dan inklusif.

Dasar Kelestarian Baharu KPJ Tingkatkan Inisiatif Penjagaan Kesihatan Hijau

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad akan melaksanakan Dasar Kelestarian baharu yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di 29 hospitalnya dengan tumpuan kepada mengurangkan impak alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan sisa dan piawaian bangunan hijau.

KPK Rangka Inisiatif Transformasikan Sektor Agrikomoditi Jadi Pekerjaan Berasaskan Teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah merangka beberapa inisiatif bagi mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada pekerjaan berasaskan buruh kepada pekerjaan berasaskan teknologi.

SDEC, CENTEXS Dan Angkasa-X Bekerjasama Dalam Industri Berkaitan Angkasa

KUCHING, 22 Oct (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.

Kerajaan Disaran Tangani Jurang Grid Nasional Untuk Dorong Pengeluaran TBB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.