Terdapat 3977 berita berdasarkan kata kunci carian " baharu"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan kekurangan petunjuk ekonomi baharu bagi menggerakkan pasaran.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

COP30: TNB Pengupaya Utama Pacu Kerjasama Tenaga Menerusi Grid Kuasa ASEAN

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara utiliti utama dalam inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG), akan kekal sebagai pengupaya penting peralihan tenaga bersama perkumpulan itu dengan menjadikan kesalinghubungan rentas sempadan sebagai pemacu teras integrasi tenaga.

Tiada Pemangkin Baharu, Sentimen Berhati-hati Asak Ringgit Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi lebih rendah pada akhir urus niaga hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama ketika pelabur dan peniaga kekal berhati-hati menjelang unjuran kadar faedah negara maju itu bagi 2026.

FMM Saran Daya Saing Kos Yang Lebih Baik Untuk Sokong Pertumbuhan Pembuatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menyarankan agar kerajaan mengukuhkan daya saing kos Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pembuatan ketika negara mula memasuki 2026.

Prestasi Ringgit, Harga Minyak Dorong Pasaran Getah Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, disokong oleh penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.

Izwan Hasli Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Baharu

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), pemaju kawasan Merdeka 118 di Kuala Lumpur melantik Datuk Ir Ts Izwan Hasli Mohd Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2026.

Lebih 265 Juta Panggilan, SMS Berunsur Penipuan Disekat U Mobile Setakat Disember 2025

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan cubaan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu di seluruh negara sejak melaksanakan perlindungan penipuan peringkat rangkaian secara menyeluruh merentasi rangkaian 4G dan 5G syarikat itu setakat Disember 2025.

TIV Sektor Automotif Dijangka Susut 2.0 Peratus Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.