Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " ceo kumpulan"

Pei-Si Lai Dilantik Sebagai CEO Kumpulan GXS Bank

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Steel Hawk Jangka Momentum Kukuh Bagi Tahun Kewangan 2025

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G) Steel Hawk Bhd dijangka mencatat pertumbuhan dua angka bagi pendapatan dan hasil pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, kata Pengarah Eksekutif Datuk Sharman K. Michael.

TMC Life Sciences Lantik Ahmad Adzuan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- TMC Life Sciences Bhd (TMCLS) melantik Datuk Dr Ahmad Adzuan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Sapura Energy, CEO Kumpulan Letak Jawatan Suku Keempat Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025.

MNRB Lantik Rudy Rodzila Sebagai Presiden Sementara Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Datuk Rudy Rodzila Che Lamin sebagai Presiden Sementara dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 23 Nov, 2024.

Industri Perbankan Sifatkan Belanjawan 2025 Langkah Positif Ke Arah Ekonomi Mampan, Inklusif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.