BERITA TERKINI   Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase hari ini mengumumkan bahawa semua perkara berkaitan 1MDB telah diselesaikan - MoF | Pemukiman khas rentas institusi akan diadakan dalam masa terdekat agar kes buli ditangani secara menyeluruh - Fahmi | Pemukiman khas rentas institusi akan diadakan dalam masa terdekat agar kes buli ditangani secara menyeluruh - Fahmi | Cadangan tubuh Tribunal buli kanak-kanak masih dalam proses penyediaan dokumen sebelum dibentang semula kepada Kabinet - Fahmi | 

Terdapat 3536 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Nilai Eksport Sarung Tangan Getah Cecah RM6 Bilion Dalam Lima Bulan Pertama 2025 - Johari

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport sektor sarung tangan getah Malaysia mencecah RM6 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lebih 30,000 Pekebun Kecil Di Sabah Terima Pensijilan MSPO - Hajiji

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, melibatkan lebih 191,000 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga April 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

ASEAN Harus Perkukuh Prinsip Asas Dalam Sistem Perundangan Untuk Kekalkan Keyakinan Perniagaan - Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- ASEAN harus memperkukuhkan kepastian undang-undang (legal certainty) dan mekanisme penyelesaian pertikaian untuk mengekalkan keyakinan perniagaan ketika rantau ini menuju ke arah menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn hari ini.

Trafik KLIA Naik 10 Peratus Didorong Pengembangan Rangkaian - MAHB

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan peningkatan 10.3 peratus untuk trafik penumpang antarabangsa pada Julai 2025, mencecah 3.9 juta berbanding 3.6 juta pada Jun. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam berikutan belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada Khamis berikutan dolar AS rendah selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, kata penganalisis. 

Malaysia Lihat ASEAN Sebagai Rantau Pertumbuhan Strategik Dalam Cabaran Global - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bioeconomy Corporation, Invest Sabah Jalin Kerjasama Perkukuh Ekosistem Bioekonomi

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjalin kerjasama strategik dengan Invest Sabah Berhad (Invest Sabah) menerusi Jelajah Bioekonomi 2025 untuk membantu memperkukuh ekosistem bioekonomi Sabah.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FMOC) AS lewat malam ini. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata seorang peniaga.

MBW Innexus Industrial City Cipta 37,000 Pekerjaan, GDV RM2 Bilion – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pasaran Getah Malaysia, Serantau Ditutup Rendah Susulan Perluasan Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan rakan serantaunya berikutan pengumuman tarif terbaharu Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.